Apakah bezanya hidangan dan makanan?
Perhatikan - saya tukuar dari menggunakan perkataan makanan kepada perkataan hidangan. Apa yang ada disekeliling nasi? Jawabnya - lauk. Lauk tu apa? Jawabnya - hidangan. Ini konsep yang kita anggap biasa tetapi ia sebenarnya membuat kita susah untuk lebih fleksibel. Apa konsep itu? Konsepnya - sesuatu itu tidak dianggap makanan kalau ia bukan hidangan. Tanpa nama hidangan, kita jadi buntu - rendang, lontong, asam pedas, gulai, lemak cili api dan lain-lain. Kalau saya rebus daging, cecah kicap dan makan, adakan itu makanan? Jawabnya - ya. Tapi ia bukan satu hidangan yang bernama, jadi kita rasa pelik makan begitu saja walaupun rasanya ok. Jadi, hakikatnya ini - kita perlu makanan untuk hidup. Kita tak perlu hidangan dan kita tak perlu lauk. Tanpa nasi, ada seribu satu jenis makanan lagi. Lauk tanpa nasi - adakah itu makanan? Jawabnya - ya. Jadi kalau kita makan lauk sahaja, kita tetap sudah dianggap makan - tiada kurangnya atau tidak ada yang kurang sempurna. Cuma rasa pelik kerana kita tidak biasa dan kita telah secara tidak sedar menyamakan hidangan dengan makanan. Rasa pelik tidak bererti satu perkara yang salah atau patut dijauhi. Setiap benda yang kita baru tahu itu rasanya pelik. Hidangan itu adalah makanan tetapi makanan tidak semestinya berupa hidangan. Kita perlu makanan untuk hidup sihat, kita tidak perlu hidangan.
