Sabtu, 25 Disember 2010

Reiki


Hari ini penulis nak melencong sikit. Tema blog ini adalah pengafiatan dan kesejahteraan jasmani. Jadi kali ini penulis nak cakap pasal reiki walaupun ia tiada kaitan dengan makanan tapi tema umum blog ini.


Reiki adalah suatu sistem penyedaran sekular dan sistem pengafiatan atau penyembuhan. Di barat, ia diajarkan terutamanya sebagai sistem penyembuhan. Hal ini membolehkan anda untuk menyembuhkan diri dan orang lain dengan sentuhan tangan. Ia diasaskan oleh Mikao Usui di Jepun pada awal1900-an. Reiki sangat mudah dipelajari dan mudah digunakan, dan siapa saja boleh melakukannya. Penyembuhan Reiki adalah suatu proses penyambungan seseorang kepada tenaga reiki melalui pemberdayaan. Menggunakan reiki hanyanlah suatu kesedaran tentang reiki dan mengekspresikannya adalah menjadi Reiki itu sendiri.Penyembuhan ini dilakukan sama ada dengan sentuhan tangan atau penghantaran dari jarak jauh.

Prinsip Reiki adalah:
Hanya untuk hari ini saja (Kyo dakewa)
tiada kemarahan, (ikaruna)
tiada kebimbangan. (shinpai suna)
Rasa penghargaan atas setiap penerimaan dan rendah hati (kansha shite)
Bekerja dengan penghargaan (gyo-o hagame)
Ihsan dan penghormatan kepada semua. (hitoni shinsetsuni).

Pengasas reiki, Mikao Usui, menggesa semua penuntut reiki agar menyebut berkali-kali dan menerapkan prinsip ini setiap pagi dan petang dalam keadadaan tenang, hadir minda dan hati.

Sabtu, 18 Disember 2010

Salmon dan Salad

Makanan yang amat cepat disediakan. Tetapi yang lebih penting, ianya lebih berkhasiat dari makanan kebiasaan kita. Sekeping Salmon dilumur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam toaster untuk 5 min x 2.


Carikkan beberapa dedaun salad ke atas pinggan dan jiruskan sedikit minyak Zaitun (seisi tutup botol) bercampur kicap (sesudu teh). Letakkan setengah roti bakar atas salad dan kemudian ikan Salmon tadi atas roti itu. Hias dengan tomato ceri dan jiruskan sedikit sos tomato jika mahu dan beberapa titis jus lemon. Waktu itu, penukis menikmati hidangan ini dengan teh kosong perisa Lavender.

Disebalik bahan-bahannya: Ikan Salmon adalah antara ikan yang sarat khasiat terutamanya Omega-3. Imbangan antara Omega-3 dan Omega-6 (mudah didapati dari ramuan makanan harian) mendatangkan kesihatan pada badan. Daun salad: Walaupun ia tidak sesarat khasiat dibandingkan sayur-sayuran hijau gelap, ia tetap dapat memberikan keseimbangan khasiat dalam sajian. Roti: sedikit karbohidrat untuk melengkapkan sajian. Minyak Zaitun: Kalau nak cakap pasal khasiat minyak Zaitun tak cukup sehalaman blog sahaja. Sos tomato: Penulis memilih sos tomoto kerana khasiat tomato tidak mudah rosak walau dimasak atau diproses. Elakkan dari penggunaan yang berlebihan; sekadar menghilangkan rasa tawar - maklum lidah Asia takut sangat dengan makanan tawar.

Ahad, 28 November 2010

Rahsia Teh Terbongkar


Penulis telah banyak menulis tentang teh. Sebabnya? Teh mudah didapati dimana saja. Kaya atau miskin, teh adalah minuman yang mudah dicapai. Khasiatnya? Seandainya khasiat teh telah diketahui sejak dulu lagi, mereka yang berotak bisnes tentu akan cuba segalanya mengusai pembekalan teh. Sebenarnya tamadun Cina telah mengetahui hal ini. Kajian demi kajian yang berasingan telah mendedahkan khasiatnya yang langsung tidak padan dengan harganya. Inilah antara contoh pemberian Tuhan kepada manusia. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mendapati, peminuman teh setiap hari untuk jangkamasa sepuluh tahun dapat mengekalkan kecerdasan otak dan kekuatan ingatan pada hari-hari tua. Satu lagi kajian gabungan dari universiti itu dan Pusat Sains Neuro Kebangsaan (NNI) di Singapura mendedahkan kesan baik dalam mengelakkan Parkinson's Disease (baca di sini). Dalam aritkel itu, mereka juga menukil dari kajian berasingan lain.


Yang menakjubkan, teh putih, teh hijau, teh biasa dan teh oolong yang kesemuanya datang dari tubuhan yang sama (bezanya dari cara ia ditapaikan) memberi manfaat yang berbeza-beza. Tapi secara umum, lebih singakat masa ia ditapaikan, lebih kuat daya anti-oksidannya. Senarai ini mengikut daya kuasa anti-oksidannya: teh putih, teh hijau, teh oolong, teh baisa dan teh Puh Er. Apa pun, teh biasa sudah cukup kesan baiknya dan tak patut kita abaikan peminuman teh begitu saja setiap hari. Minumlah sekurang-kurangnya secawan sehari. Jangan langsung tak minum.

Selasa, 16 Februari 2010

Resmi Popiah Basah


Orang kata ikut resmi padi - makin berisi makin tunduk. Untuk makan, ikut resmi popiah basah. Apa resminya? Pertama, kulitnya nipis. Apa bagusnya? Tepung dan kanji. Gandum atau apa-apa bijirin, termasuk beras, yg sudah dibuang salutnya dan diproses hingga halus, boleh melarikan imbangan kadar gula dalam darah. Sebabnya? Kanji itu gula. Tetapi bila dimakan secara komplit - tanpa dibuang salutnya dan dikisar sehingga halus - gula dari kanji itu masuk dalam badan secara perlahan dan tidak merosakkan imbangannya.


Resmi kedua? Intinya lebih dari kulitnya dan merupakan bahan sihat. Sayur. Masukkan juga protein seperti ayam atau ikan maupun kekacang seperti dhal, kacang kuda dan sebagainya. Tambahkan kacang-kacang seperti badam atau gajus untuk kerangupan dari menggunakan tepung yg digoreng. Tapi ingat, dalam apa pun masakkan, jangan terlalu banyak menggunakan gula, garam dan lemak tepu. Itu dia. Makanan yang menyihatkan lagi mudah disiapkan.

Makanan-Makanan Yg Padat Khasiat


Di bawah ini saya senaraikan antara makanan-makanan yang padat dengan khasiat. Saya senaraikan makanan-makanan ini kerana ianya agak mudah didapati.


  1. Kekacang - dhal, soya, kacang kuda dan lain-lain.
    Mengandugi kibohidrat kompleks, dapat mengurangkan kadar kolesterol, membantu dalam mengurangkan lemak badan yg berlebihan serta baik untuk kesihatan jantung.

  2. Blueberry
    Mengandungi antioksida, potassium dan bitamin C. Blueberry adalah antara beri yang tertinggi kadar khasiatnya bersama beri-beri yang agak susah didapati sedikit seperti Acai and Goji.

  3. Broccoli
    Ia mengandungi khasiat anti-barah, mengurangkan kadar kolesterol, anti-virus, anti-ulcer, membantu mengimbangi kadar insulin dan gula dalam darah.

  4. Kacang-kacang dan biji-bijian
    Kuaci, badam, walnut, gajus dan peacan. Jangan terlalu banyak makan kacang tanah. Anda perlu hanya segenggam dua sehari sahaja. Kacang-kacang mengandungi lemak yang tidak bertepu, bitamin A, B, C dan E, kalsium, zinc, potassium, zat besi, asid folic, selenium dan magnesium.

  5. Asid lelemak Omaga-3
    Anda boleh mendapatinya dari Salmon liar, tongkol (tuna) dan sardin. Omega-3 dapat membantu dalam menguragkan resiko serangan jantung dan angin ahmar. Ia juga dapat menolong dalam menguatkan daya tahanan badan. Makan 2-3 bahagian dalam seminggu.

Ahad, 7 Februari 2010

Keindahan Dalam Pergerakan



Sabtu, 2 Januari 2010

Minyak Zaitun [Olive Oil]


Orang-orang Mediterranean didapati antara bangsa yang mempunyai jantung yang sihat. Kajian-kajin yang dijalankan memberi petunjuk bahawa Minyak Zaitun dan pemakanan yang rendah dalam kandungan lemak tepu mungkin sebab utama kesihatan jantung mereka. Satu keluaran European Journal of Clinical Nutrition memberi gambaran bahawa lebih-kurang dua camca makan Minyak Zaitun sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Dalam pengalaman penulis, kebanyakkan makanan yang baik dimakan juga baik sebagai bahan kegunaan sapu atas kulit.

Minyak Zaitun yang terbaik dikatakan Extra Virgin Olive Oil iaitu Minyak Zaitun perahan pertama. Teknik pemerahan Minyak Zaitun yang paling baik dikatakan teknik cold-press. Minyak itu diperas keluar dengan erti data peras sebenarnya. Tiada rebusan atau bahan kimia digunakan untuk mengeluarkan minyaknya. Dari itu, ada baiknya jika botol Minyak Zaitun yang anda beli ada perkataan 'cold-pressed' padanya.

Kadar Kolesterol
Minyak Zaitun dapat mengendalikan LDL (kolesterol jahat) disamping menyemarakkan HDL (kelesterol baik). Ini membantu mengimbangkan kadar kolesterol dalam badan.

Bitamin
Minyak Zaitun mengandungi phenol (salah satu anti-oxidan) dan bitamin E. Ia juga dikatakan menolong dalam penyerapan bitamin A, D dan K.

Berdengkur
Satu atau setengah camca makan Minyak Zaitun sebelum tidur bertindak sebagai pelincir rongga tekak dan boleh membantu mengurangkan pendengkuran yang kuat.

Kering Bibir
Tekapkan Minyak Zaitun pada bibir untuk memberi sedikit kelembapan.

Muka
Sedikit Minyak Zaitun disapukan pada muka dengan gaya mengurut ringan dapat melembutlkan kulit dan sekali gus bertindak sebagai pelembab. Mungkin tidak sesuai bagi kulit yang berminyak tapi cuba selapik tipis dahulu dan lihat kesan kesesuaiannya. Kulit yang telalu berminyak senang dihinggapi kotoran, jadi, awas jangan terlalu beminyak.

Skrub
Urutkan Minyak Zaitun pada muka yang basah lembab dan gunakan setengah sudu teh gula untuk dijadikan skrub. Kemudian, lap perlahan-lahan dengan tuala untuk membersihkan minyak dan gula. Gunakan pencuci muka yang ringan untuk membersihkan lebihan minyak yang tertinggal jika masih ada.

Jerawat
Campurkan 4 sudu makan garam dan 3 sudu makan Minyak Zaitun dan gaul. Lumurkan pada muka perlahan-lahan dan biarkan 2 minit. Basuh dengan air sabun ringan yang suam. Amalkan hari-hari untuk seminggu kemudian kurangkan hingga 2 - 3 kali seminggu.

Pelembab Kulit
Sapukan selapik tipis Minyak Zaitun kepada kulit selepas mandi sebagai pelembab yang alami.

Kaki
Satu cawan jus lemon, 2 sudu makan Minyak Zaitun, kayu manis, seperempat cawan susu dan campurkan dengan air suam. Letakkan campuran itu dalam besen dan rendamkan kaki anda selama 10 minit. Kemudian, keringkan dengan tuala dan bilas dengan air dan sabun ringan. Kulit boleh terasa segar dan lembut selepas mengamalkannya beberapa minggu.

Minyak Urut
Minyak Zaitun memang boleh digunakan sebagai muinyak urut. Ia melembutkan kulit dan melembabkan serta bitaman E pada minyak itu bertindak sebagai anti-oxiden pada kulit.

Selamat mencuba!