Sabtu, 25 Disember 2010

Reiki


Hari ini penulis nak melencong sikit. Tema blog ini adalah pengafiatan dan kesejahteraan jasmani. Jadi kali ini penulis nak cakap pasal reiki walaupun ia tiada kaitan dengan makanan tapi tema umum blog ini.


Reiki adalah suatu sistem penyedaran sekular dan sistem pengafiatan atau penyembuhan. Di barat, ia diajarkan terutamanya sebagai sistem penyembuhan. Hal ini membolehkan anda untuk menyembuhkan diri dan orang lain dengan sentuhan tangan. Ia diasaskan oleh Mikao Usui di Jepun pada awal1900-an. Reiki sangat mudah dipelajari dan mudah digunakan, dan siapa saja boleh melakukannya. Penyembuhan Reiki adalah suatu proses penyambungan seseorang kepada tenaga reiki melalui pemberdayaan. Menggunakan reiki hanyanlah suatu kesedaran tentang reiki dan mengekspresikannya adalah menjadi Reiki itu sendiri.Penyembuhan ini dilakukan sama ada dengan sentuhan tangan atau penghantaran dari jarak jauh.

Prinsip Reiki adalah:
Hanya untuk hari ini saja (Kyo dakewa)
tiada kemarahan, (ikaruna)
tiada kebimbangan. (shinpai suna)
Rasa penghargaan atas setiap penerimaan dan rendah hati (kansha shite)
Bekerja dengan penghargaan (gyo-o hagame)
Ihsan dan penghormatan kepada semua. (hitoni shinsetsuni).

Pengasas reiki, Mikao Usui, menggesa semua penuntut reiki agar menyebut berkali-kali dan menerapkan prinsip ini setiap pagi dan petang dalam keadadaan tenang, hadir minda dan hati.

Sabtu, 18 Disember 2010

Salmon dan Salad

Makanan yang amat cepat disediakan. Tetapi yang lebih penting, ianya lebih berkhasiat dari makanan kebiasaan kita. Sekeping Salmon dilumur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam toaster untuk 5 min x 2.


Carikkan beberapa dedaun salad ke atas pinggan dan jiruskan sedikit minyak Zaitun (seisi tutup botol) bercampur kicap (sesudu teh). Letakkan setengah roti bakar atas salad dan kemudian ikan Salmon tadi atas roti itu. Hias dengan tomato ceri dan jiruskan sedikit sos tomato jika mahu dan beberapa titis jus lemon. Waktu itu, penukis menikmati hidangan ini dengan teh kosong perisa Lavender.

Disebalik bahan-bahannya: Ikan Salmon adalah antara ikan yang sarat khasiat terutamanya Omega-3. Imbangan antara Omega-3 dan Omega-6 (mudah didapati dari ramuan makanan harian) mendatangkan kesihatan pada badan. Daun salad: Walaupun ia tidak sesarat khasiat dibandingkan sayur-sayuran hijau gelap, ia tetap dapat memberikan keseimbangan khasiat dalam sajian. Roti: sedikit karbohidrat untuk melengkapkan sajian. Minyak Zaitun: Kalau nak cakap pasal khasiat minyak Zaitun tak cukup sehalaman blog sahaja. Sos tomato: Penulis memilih sos tomoto kerana khasiat tomato tidak mudah rosak walau dimasak atau diproses. Elakkan dari penggunaan yang berlebihan; sekadar menghilangkan rasa tawar - maklum lidah Asia takut sangat dengan makanan tawar.