
Kenapa pesakit ada pantang dalam pemakanan? Dan kenapa kadang-kadang pesakit perlu makan sesuatu jenis makanan itu dengan lebih? Bayangan jawapannya ada pada satu perkataan yang pernah di bincangkan dalam aritkel Jangan Asal Boleh. Perkataan itu adalah: seimbang. Pakar perubatan holistic sering mengatakan kita sihat bila keadaan kita seimbang. Contoh yang termudah bila kita bandingkan jasmani kita dengan sebuah bangunan.
Berapa banyak simen tambahan yang diperlukan oleh bangunan yang, contohnya, baru siap tahun lalu? Jawapannya - tidap perlu! Kerana ia masih baru dan utuh. Berapa banyak simen diperlukan oleh bangunan yang, misalnya, dinding-dindingnya telah rapuh? Jawabnya - saya tak tahu nak kira, tapi walhasil, ia akan memerlukan bekalan simen kerana ia perlu diperbaiki. Bangunan sama bangunan tetapi kerperluannya pada simen berbeza-beza.
Makanan adalah bahan binaan untuk badan. Jika badan kita rosak (berpenyakit) maka kadang-kadang kita perlu makan lebih sesuatu jenis makanan itu kerana itu yang diperlukan untuk 'tampal lobang'. Begitu juga, kadang-kala kita perlu elakkan dahulu sesuatu jenis makanan. Ini kerana, jika penyakit itu disebabkan oleh sesetengah kuman atau yeast, adakalanya sesebuah jenis makanan itu juga boleh menyuburkan kuman atau yeast tersebut - ingat, mereka juga benda hidup dan perlu pada zat untuk terus subur. Orang yang sihat tak perlu lebih-lebih makan sesuatu kerana sistemnya sudah seimbang. Orang sakit perlu lebih 'simen' untuk 'tampal lobang' dan kembalikan sistemnya kepada keseimbangan.