Beberapa bulan lalu saya telah dapat hilangkan lemak badan yang berlebihan dan ramai orang tanya apakah rahsianya. Kalau nak diterangkan satu persatu agak panjang jadi jawapan pendeknya jangan makan nasi, segala yang dibuat dari tepung, segala yang berkanji dan bergula. Ada jugak yang kata benda tu susah nak buat... tu lah pasal ramai yang berlemak. Kalau senang ramai yang kurus. Cerita panjangnya... bukan panjang lah.. sederhana - pemakanan kita banyak sangat kabohidrat yang telah diproses - itulah tepung putih, beras putih dan secara umum segala yang berkanji dan bergula. Benda tu kalau makan banyak sangat akan menggemukkan sebab badan perlu insulin untuk process gula. Ya, segala kabohidrat jadi gula dan segala gula perlu diproses oleh badan kita dengan insulin. Kalau banyak sangat gula, sebahagian gula itu 'disimpan' jadi lemak. Zaman ini, bukan makanan berlemak yang menggemukkan tetapi makanan yg sarat dengan kabohidrat - yaitu yang bergula dan berkanji.
Sebaik-baik egala urusan itu yang pertengahan. Tapi perihal kabohidrat ni kita dah lari dari tengah plak. Banyak sangat sampai bila suruh elak, susah nak elak. Tu kan satu petanda yang dah banyak sangat. Kita disuruh makan dan minum dan jangan melampaui batas. Bab karbohidrat ni nampaknya dah terlampau batas sket. Akhirnya kita perlu imbangkan... tapi mula-mula kita perlu elakkan dalam 2-3 minggu sahaja, untuk turunkan berat badan.
Rabu, 5 Mac 2008
Dah Tak Gemuk. Apa Rahsianya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komentar:
Catat Ulasan