
Orang-orang Mediterranean didapati antara bangsa yang mempunyai jantung yang sihat. Kajian-kajin yang dijalankan memberi petunjuk bahawa Minyak Zaitun dan pemakanan yang rendah dalam kandungan lemak tepu mungkin sebab utama kesihatan jantung mereka. Satu keluaran European Journal of Clinical Nutrition memberi gambaran bahawa lebih-kurang dua camca makan Minyak Zaitun sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Dalam pengalaman penulis, kebanyakkan makanan yang baik dimakan juga baik sebagai bahan kegunaan sapu atas kulit.
Minyak Zaitun yang terbaik dikatakan Extra Virgin Olive Oil iaitu Minyak Zaitun perahan pertama. Teknik pemerahan Minyak Zaitun yang paling baik dikatakan teknik cold-press. Minyak itu diperas keluar dengan erti data peras sebenarnya. Tiada rebusan atau bahan kimia digunakan untuk mengeluarkan minyaknya. Dari itu, ada baiknya jika botol Minyak Zaitun yang anda beli ada perkataan 'cold-pressed' padanya.

Kadar Kolesterol
Minyak Zaitun dapat mengendalikan LDL (kolesterol jahat) disamping menyemarakkan HDL (kelesterol baik). Ini membantu mengimbangkan kadar kolesterol dalam badan.
Bitamin
Minyak Zaitun mengandungi phenol (salah satu anti-oxidan) dan bitamin E. Ia juga dikatakan menolong dalam penyerapan bitamin A, D dan K.
Berdengkur
Satu atau setengah camca makan Minyak Zaitun sebelum tidur bertindak sebagai pelincir rongga tekak dan boleh membantu mengurangkan pendengkuran yang kuat.
Kering Bibir
Tekapkan Minyak Zaitun pada bibir untuk memberi sedikit kelembapan.
Muka
Sedikit Minyak Zaitun disapukan pada muka dengan gaya mengurut ringan dapat melembutlkan kulit dan sekali gus bertindak sebagai pelembab. Mungkin tidak sesuai bagi kulit yang berminyak tapi cuba selapik tipis dahulu dan lihat kesan kesesuaiannya. Kulit yang telalu berminyak senang dihinggapi kotoran, jadi, awas jangan terlalu beminyak.
Skrub
Urutkan Minyak Zaitun pada muka yang basah lembab dan gunakan setengah sudu teh gula untuk dijadikan skrub. Kemudian, lap perlahan-lahan dengan tuala untuk membersihkan minyak dan gula. Gunakan pencuci muka yang ringan untuk membersihkan lebihan minyak yang tertinggal jika masih ada.
Jerawat
Campurkan 4 sudu makan garam dan 3 sudu makan Minyak Zaitun dan gaul. Lumurkan pada muka perlahan-lahan dan biarkan 2 minit. Basuh dengan air sabun ringan yang suam. Amalkan hari-hari untuk seminggu kemudian kurangkan hingga 2 - 3 kali seminggu.
Pelembab Kulit
Sapukan selapik tipis Minyak Zaitun kepada kulit selepas mandi sebagai pelembab yang alami.

Kaki
Satu cawan jus lemon, 2 sudu makan Minyak Zaitun, kayu manis, seperempat cawan susu dan campurkan dengan air suam. Letakkan campuran itu dalam besen dan rendamkan kaki anda selama 10 minit. Kemudian, keringkan dengan tuala dan bilas dengan air dan sabun ringan. Kulit boleh terasa segar dan lembut selepas mengamalkannya beberapa minggu.
Minyak Urut
Minyak Zaitun memang boleh digunakan sebagai muinyak urut. Ia melembutkan kulit dan melembabkan serta bitaman E pada minyak itu bertindak sebagai anti-oxiden pada kulit.
Selamat mencuba!