Khamis, 6 Mac 2008

Saya Tidak Lapar... Sehingga Saya Makan


Satu malam, sedang saya menonton televisyen, saya terasa haus dan pergi minum air. Perut ketika itu masih kenyang lagi. Yang peliknya, waktu meneguk air tu, terlintas dalam fikiran, nak ratah-ratah kepak ayam sepotong. Habis sahaja meratahnya, perut terasa lebih lapar. Ambil lagi setengah keping roti prata atau roti canai dan colet sikit pada asam pedas. Masih lapar lagi sikit. Ambil pula setengah potong roti... sampai situ saya berhenti. Apa yang berlaku? Beberapa perkara:

  1. Perut kita akan terasa lapar bila MELIHAT makanan. Ini sudah menjadi semacam perkara otomatik.
  2. Cara kita masak - dengan rempah-ratus bercampur garam dan gula secukup rasa - sebenarnya membuat kita rasa lebih lapar dari yang sepatutnya. Ya, cara kita masak itu sebenarnya membuka selera.
Saya tahu sebab saya pernah makan dengan kurang garam dan gula. Juga pernah dengan TANPA garam dan gula. Terasa kenyang lebih awal dari biasa walau tidak bertambah. Kalau nak kata kerana tak sedap, kalau perut masih lapar, tetap lapar kan? Dan saya akan makan benda-banda lain. Tapi terasa kenyang lebih awal. Apa ertinya semua ini? Mungkinkah selama ini kita sebenarnya selalu makan lebih dari yang diperlukan? Tak hairanlah gitu kalau kita sering mendapat kerosakkan dalaman pada badan. Pemakanan yang tidak seimbang, tambahan garam dan gula yang keterlaluan, cara masak yang membuat kita rasa lebih lapar dari sebenarnya... resipi kebinasaan tu. Pakar kesihatan holistic kata kesihatan badan itu boleh dikawal dari beberapa segi. Antaranya - tekanan yang keterlaluan atau stres, penghadaman, penyerapan khasiat makanan yang telah dihadam, perjalanan darah yang baik dan sistem pembuangan. Dalam lima perkara tu, tiga darinya bersangkutan dengan perut.  Orang-orang Islam diajar yang kebanyakkan penyakit bermula dari perut - betul juga.  Jadi masukkan ke dalam perut benda yang baik tanpa memuatkannya dengan berlebihan - halal dan baik, sepertimana kita diajar:

Kami kaum yang tidak makan sehingga kami lapar; dan apabila kami makan, tidak sampai kenyang.

Mungkinkah cara kita masak tu menghalang kita dari mempraktikkannya. Possible...

0 komentar: