Khamis, 6 Mac 2008

Saya Tidak Lapar... Sehingga Saya Makan


Satu malam, sedang saya menonton televisyen, saya terasa haus dan pergi minum air. Perut ketika itu masih kenyang lagi. Yang peliknya, waktu meneguk air tu, terlintas dalam fikiran, nak ratah-ratah kepak ayam sepotong. Habis sahaja meratahnya, perut terasa lebih lapar. Ambil lagi setengah keping roti prata atau roti canai dan colet sikit pada asam pedas. Masih lapar lagi sikit. Ambil pula setengah potong roti... sampai situ saya berhenti. Apa yang berlaku? Beberapa perkara:

  1. Perut kita akan terasa lapar bila MELIHAT makanan. Ini sudah menjadi semacam perkara otomatik.
  2. Cara kita masak - dengan rempah-ratus bercampur garam dan gula secukup rasa - sebenarnya membuat kita rasa lebih lapar dari yang sepatutnya. Ya, cara kita masak itu sebenarnya membuka selera.
Saya tahu sebab saya pernah makan dengan kurang garam dan gula. Juga pernah dengan TANPA garam dan gula. Terasa kenyang lebih awal dari biasa walau tidak bertambah. Kalau nak kata kerana tak sedap, kalau perut masih lapar, tetap lapar kan? Dan saya akan makan benda-banda lain. Tapi terasa kenyang lebih awal. Apa ertinya semua ini? Mungkinkah selama ini kita sebenarnya selalu makan lebih dari yang diperlukan? Tak hairanlah gitu kalau kita sering mendapat kerosakkan dalaman pada badan. Pemakanan yang tidak seimbang, tambahan garam dan gula yang keterlaluan, cara masak yang membuat kita rasa lebih lapar dari sebenarnya... resipi kebinasaan tu. Pakar kesihatan holistic kata kesihatan badan itu boleh dikawal dari beberapa segi. Antaranya - tekanan yang keterlaluan atau stres, penghadaman, penyerapan khasiat makanan yang telah dihadam, perjalanan darah yang baik dan sistem pembuangan. Dalam lima perkara tu, tiga darinya bersangkutan dengan perut.  Orang-orang Islam diajar yang kebanyakkan penyakit bermula dari perut - betul juga.  Jadi masukkan ke dalam perut benda yang baik tanpa memuatkannya dengan berlebihan - halal dan baik, sepertimana kita diajar:

Kami kaum yang tidak makan sehingga kami lapar; dan apabila kami makan, tidak sampai kenyang.

Mungkinkah cara kita masak tu menghalang kita dari mempraktikkannya. Possible...

Rahsia Madu Terbongkar


Tanpa tujuan, saya melayari alam siber dan terjumpa sedikit maklumat tentang sesuatu makanan yang penuh khasiat. Namanya ACAI. Bukan ACAR… ACAI. Hah? Apa kata anda? Apa itu ACAI? Itulah maksud saya. Siapakah, dalam dunia ini, yang menyimpan sesuatu yang disebut ACAI dalam gerobok makanan atau peti ais? Mungkin penduduk hutan Amazon. Tapi mereka lebih bernasib baik. Sebab mereka boleh memetiknya langsung dari pohon. Di hutan Amazon itulah terdapatnya ACAI.

Memang ingin sekalai saya menulis tentang makanan ajaib ini tetapi apa gunanya sebab ia bukanlah sesuatu yang tempatan dan boleh didapatkan dengn mudah. Misi blog ini adalah untuk mendedahkan makanan HARIAN yang ajaib, berzat, tercapai dek kemudahan, terbeli dek kemampuan… dan terpaksa dek lapar :-D. Untuk pengetahuan semua, ACAI sebenarnya disebut a-sai.

Dalam artikel yang lepas, saya bincangkan tentang keajaiban madu dalam merawat luka-luka. Keajaiban madu sebenarnya jauh lebih banyak dari itu. Ini sambungannya.

Sumber madu itu menentukan kekuatannya sebagai antioksiden. Maksud sumber adalah - dari pohon apa ia dihasilkan. Secara umum, lebih gelap warnanya, lebih kuat khasiatnya. Dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, beberapa olahragawan diberi minum dua campuran yang berbeza. Kumpulan pertama diberi minuman bercampur madu buckwheat. Kumpulan kedua diberi minuman yang dimaniskan dengan pemanis lain. Kumpulan pertama didapati membunyai kadar gula dalam darah yang lebih optima. Kadar antioksiden kumpulan ini juga naik hingga 7%. Mungkin anda pernah dengar bahawa tidak patut memberi madu kepada bayi dibawah umur satu setangah tahun. Dakwaan ini memang ada nasnya. Spora sejenis bakteria yang mungkin wujud di dalam madu itu boleh membawa penyakit botulism (sejenis keracunan saraf yang boleh menjejas pernafasan dan otot-otot) kepada bayi ini.

Sampingan

Sebagai maklumat sampingan, racun botulinum jenis A dikomersilkan, salah satunya, dibawah jenama Botox. Ia digunakan secara kosmetik untuk menegangkan otot-otot muka sebagai merencatkan kesan-kesan penuaan.

Bila saya minum teh (makanan ajaib), saya gunakan madu sebagai pemanisnya. Tapi adakah lagi keajaiban madu selain yang tertera disini? Tentunya ada. Itulah keajaiban makanan harian yang dipanggil MADU.

Makanan Apa yang Menyihatkan?


Cakap aje pasal makanan dan kesihatan tentu orang akan tanya makanan apa yang menyihatkan. Tak ada makanan yang tak menyihatkan pada umumnya. Memanglah setangah orang ada alahan pada makanan dan alahan yang dikatakan jenis I dan II boleh membawa maut dalam masa yang pendek. Tapi pada ramai yang lain, makanan ini tidak membahayakan. Apa yang tak menyihatkan biasanya adalah cara kita menyiapkan makanan itu. Kalau nak senang cakap, segala yang ditambah pada hampir semua jenis masakkan untuk 'mengelokkan' lagi rasanya akan bakal membawa bahaya pada jangka panjang. Apakah itu? Biasanya - garam, gula dan minyak. Tanpa tambahan tiga perkara ini, nescaya segala makanan kalau dimakan secara seimbang dan sederhana, insya-Allah, tidak membahayakan pada badan. Pusing sana, pusing sini, prinsipnya tetap kesederhanaan dan keseimbangan... itu saja.

Bagaimana pula dengan nasihat supaya kita membanyakkan makan sayuran? Antara sebabnya adalah kita terlalu sikit makan sayuran. Jadi memperbanyakkan itu sebenarnya untuk mengimbangi apa yang kita sudah abaikan selama ini. Juga untuk menolong badan kita pulih dari segala kerosakkan yang telah berlaku. Berdiri sahaja depan gerai menjual Yong Tau Foo dan perhatikan apa yang dipilih orang kebanyakkan orang. Mana imbangannya kan? Jadi perbanyakkan untuk mengimbangkan sebenarnya. Tetapi sayuran itu adalan makanan yang kalau kita lebihkan pun tidak memudaratkan. Jadi jangan lupa - seimbang dan sederhana... Untuk kebanyakkan kita, ini bermakna kita perlu perbanyakkan makan sayuran.

Rahsia Kayu Manis Terbongkar


Ini satu berita baik. Apa lagi yang lebih menceriakan dari makanan yang sedap dan mendatangkan kesihatan bagi tubuh badan? Kayu manis adalah salah satu daripadanya. Setiap kali kita sebutkan perkataan ‘diet’ ramai orang, termasuk penulis ni sendiri, hanya melayankan. Tetapi siapa yang benar-benar ingin melakukannya? Memang tidak menghairankan, kerana diet sering memerlukan disiplin dan menahan diri dari makanan yang lazat-lazat. Namun bagi kayu manis, ramai orang boleh menerima rasanya dalam makanan , walaupun bukan ‘peminat’ rempahan yang penuah khasiat itu.

Lihat sahaja perangkaan ini. Selepas 4 hari memakan 1.5 bahagian sudu teh kayu manis (mungkin yang sudah dikisar) setiap hari, 60 pesakit kencing manis jenis II, menunjukkan:

  • - kajian kadar gula dalam darah - turun 18-29%
  • - LDL (”kolesterol jahat”) - turun 7-27%
  • - kolesterol keseluruhannya - turun 18-29%
  • - triglycerides (lemak dalam badan dan makanan biasanya wujud dalam bentuk ini) - turun 23-30%

Mungkin anda bertanya, bagaimana hendak mengambil 1.5 bahagian sudu teh kayu manis setiap hari? Sebenarnya anda tidak perlu berbuat begitu. Tetapi kalau anda mahu, biar saya kongsi caranya. Bagi saya, saya asingkan bahagian itu setiap hari dan bubuh dalam bekas-bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas itu di mana ia senang di capai - lebih senang dari garam dan gula. Saban hari, bubuh serbuk kayu manis itu secubit demi secubit dalam makanan dan minuman. Anda tidak perlu memasaknya sebab, sebagai perasa, ia memang boleh di makan secara mentah. Selang beberapa hari, anda tentu menjadi pakar kayu manis dalam hidangan - anda akan tahu menerusi pengalaman, berapa banyak yang boleh dibubuhkan dalam sesuatu lauk atau minuman sebelum rasanya menjadi keterlauan.

Awal tadi, saya katakan anda mungkin tidak perlu makan rempahan ini setiap hari untuk mengecapi kebaikannya. Hasil kajian yang saya paparkan awal tadi menunjukkan bahawa kesan baik kayu manis dapat bertahan selepas anda mamakannya. Dalam kajian itu, kesannya betahan selama 20 hari selepas kajian berakhir. Tambahan pula, peminat-peminat rempah-ratus, sila ambil perhatian: kunyit, cengkih dan Daun Salam juga membantu mengawal kadar glukosa dalam darah.

Walaupun hasil paparan informasi ini sudah cukup meyakinkan tentag khasiat kayu manis, sebenarnya ada lagi berita baik. Tapi kita tangguh dahulu untuk kemudian. Sementara itu, ayuh rasa kemanisan Kayu Manis!

Rabu, 5 Mac 2008

Dah Tak Gemuk. Apa Rahsianya?


Beberapa bulan lalu saya telah dapat hilangkan lemak badan yang berlebihan dan ramai orang tanya apakah rahsianya. Kalau nak diterangkan satu persatu agak panjang jadi jawapan pendeknya jangan makan nasi, segala yang dibuat dari tepung, segala yang berkanji dan bergula. Ada jugak yang kata benda tu susah nak buat... tu lah pasal ramai yang berlemak. Kalau senang ramai yang kurus. Cerita panjangnya... bukan panjang lah.. sederhana - pemakanan kita banyak sangat kabohidrat yang telah diproses - itulah tepung putih, beras putih dan secara umum segala yang berkanji dan bergula. Benda tu kalau makan banyak sangat akan menggemukkan sebab badan perlu insulin untuk process gula.  Ya, segala kabohidrat jadi gula dan segala gula perlu diproses oleh badan kita dengan insulin.  Kalau banyak sangat gula, sebahagian gula itu 'disimpan' jadi lemak.  Zaman ini, bukan makanan berlemak yang menggemukkan tetapi makanan yg sarat dengan kabohidrat - yaitu yang bergula dan berkanji.


Sebaik-baik egala urusan itu yang pertengahan. Tapi perihal kabohidrat ni kita dah lari dari tengah plak. Banyak sangat sampai bila suruh elak, susah nak elak.  Tu kan satu petanda yang dah banyak sangat.  Kita disuruh makan dan minum dan jangan melampaui batas.  Bab karbohidrat ni nampaknya dah terlampau batas sket.  Akhirnya kita perlu imbangkan... tapi mula-mula kita perlu elakkan dalam 2-3 minggu sahaja, untuk turunkan berat badan.