
Di bawah ini saya senaraikan antara makanan-makanan yang padat dengan khasiat. Saya senaraikan makanan-makanan ini kerana ianya agak mudah didapati.
- Kekacang - dhal, soya, kacang kuda dan lain-lain.
Mengandugi kibohidrat kompleks, dapat mengurangkan kadar kolesterol, membantu dalam mengurangkan lemak badan yg berlebihan serta baik untuk kesihatan jantung. - Blueberry
Mengandungi antioksida, potassium dan bitamin C. Blueberry adalah antara beri yang tertinggi kadar khasiatnya bersama beri-beri yang agak susah didapati sedikit seperti Acai and Goji. - Broccoli
Ia mengandungi khasiat anti-barah, mengurangkan kadar kolesterol, anti-virus, anti-ulcer, membantu mengimbangi kadar insulin dan gula dalam darah. - Kacang-kacang dan biji-bijian
Kuaci, badam, walnut, gajus dan peacan. Jangan terlalu banyak makan kacang tanah. Anda perlu hanya segenggam dua sehari sahaja. Kacang-kacang mengandungi lemak yang tidak bertepu, bitamin A, B, C dan E, kalsium, zinc, potassium, zat besi, asid folic, selenium dan magnesium. - Asid lelemak Omaga-3
Anda boleh mendapatinya dari Salmon liar, tongkol (tuna) dan sardin. Omega-3 dapat membantu dalam menguragkan resiko serangan jantung dan angin ahmar. Ia juga dapat menolong dalam menguatkan daya tahanan badan. Makan 2-3 bahagian dalam seminggu.
0 komentar:
Catat Ulasan