Sabtu, 18 Disember 2010

Salmon dan Salad

Makanan yang amat cepat disediakan. Tetapi yang lebih penting, ianya lebih berkhasiat dari makanan kebiasaan kita. Sekeping Salmon dilumur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam toaster untuk 5 min x 2.


Carikkan beberapa dedaun salad ke atas pinggan dan jiruskan sedikit minyak Zaitun (seisi tutup botol) bercampur kicap (sesudu teh). Letakkan setengah roti bakar atas salad dan kemudian ikan Salmon tadi atas roti itu. Hias dengan tomato ceri dan jiruskan sedikit sos tomato jika mahu dan beberapa titis jus lemon. Waktu itu, penukis menikmati hidangan ini dengan teh kosong perisa Lavender.

Disebalik bahan-bahannya: Ikan Salmon adalah antara ikan yang sarat khasiat terutamanya Omega-3. Imbangan antara Omega-3 dan Omega-6 (mudah didapati dari ramuan makanan harian) mendatangkan kesihatan pada badan. Daun salad: Walaupun ia tidak sesarat khasiat dibandingkan sayur-sayuran hijau gelap, ia tetap dapat memberikan keseimbangan khasiat dalam sajian. Roti: sedikit karbohidrat untuk melengkapkan sajian. Minyak Zaitun: Kalau nak cakap pasal khasiat minyak Zaitun tak cukup sehalaman blog sahaja. Sos tomato: Penulis memilih sos tomoto kerana khasiat tomato tidak mudah rosak walau dimasak atau diproses. Elakkan dari penggunaan yang berlebihan; sekadar menghilangkan rasa tawar - maklum lidah Asia takut sangat dengan makanan tawar.

0 komentar: