Khamis, 6 Mac 2008

Makanan Apa yang Menyihatkan?


Cakap aje pasal makanan dan kesihatan tentu orang akan tanya makanan apa yang menyihatkan. Tak ada makanan yang tak menyihatkan pada umumnya. Memanglah setangah orang ada alahan pada makanan dan alahan yang dikatakan jenis I dan II boleh membawa maut dalam masa yang pendek. Tapi pada ramai yang lain, makanan ini tidak membahayakan. Apa yang tak menyihatkan biasanya adalah cara kita menyiapkan makanan itu. Kalau nak senang cakap, segala yang ditambah pada hampir semua jenis masakkan untuk 'mengelokkan' lagi rasanya akan bakal membawa bahaya pada jangka panjang. Apakah itu? Biasanya - garam, gula dan minyak. Tanpa tambahan tiga perkara ini, nescaya segala makanan kalau dimakan secara seimbang dan sederhana, insya-Allah, tidak membahayakan pada badan. Pusing sana, pusing sini, prinsipnya tetap kesederhanaan dan keseimbangan... itu saja.

Bagaimana pula dengan nasihat supaya kita membanyakkan makan sayuran? Antara sebabnya adalah kita terlalu sikit makan sayuran. Jadi memperbanyakkan itu sebenarnya untuk mengimbangi apa yang kita sudah abaikan selama ini. Juga untuk menolong badan kita pulih dari segala kerosakkan yang telah berlaku. Berdiri sahaja depan gerai menjual Yong Tau Foo dan perhatikan apa yang dipilih orang kebanyakkan orang. Mana imbangannya kan? Jadi perbanyakkan untuk mengimbangkan sebenarnya. Tetapi sayuran itu adalan makanan yang kalau kita lebihkan pun tidak memudaratkan. Jadi jangan lupa - seimbang dan sederhana... Untuk kebanyakkan kita, ini bermakna kita perlu perbanyakkan makan sayuran.

0 komentar: