Ini satu berita baik. Apa lagi yang lebih menceriakan dari makanan yang sedap dan mendatangkan kesihatan bagi tubuh badan? Kayu manis adalah salah satu daripadanya. Setiap kali kita sebutkan perkataan ‘diet’ ramai orang, termasuk penulis ni sendiri, hanya melayankan. Tetapi siapa yang benar-benar ingin melakukannya? Memang tidak menghairankan, kerana diet sering memerlukan disiplin dan menahan diri dari makanan yang lazat-lazat. Namun bagi kayu manis, ramai orang boleh menerima rasanya dalam makanan , walaupun bukan ‘peminat’ rempahan yang penuah khasiat itu.
Lihat sahaja perangkaan ini. Selepas 4 hari memakan 1.5 bahagian sudu teh kayu manis (mungkin yang sudah dikisar) setiap hari, 60 pesakit kencing manis jenis II, menunjukkan:
- - kajian kadar gula dalam darah - turun 18-29%
- - LDL (”kolesterol jahat”) - turun 7-27%
- - kolesterol keseluruhannya - turun 18-29%
- - triglycerides (lemak dalam badan dan makanan biasanya wujud dalam bentuk ini) - turun 23-30%
Mungkin anda bertanya, bagaimana hendak mengambil 1.5 bahagian sudu teh kayu manis setiap hari? Sebenarnya anda tidak perlu berbuat begitu. Tetapi kalau anda mahu, biar saya kongsi caranya. Bagi saya, saya asingkan bahagian itu setiap hari dan bubuh dalam bekas-bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas itu di mana ia senang di capai - lebih senang dari garam dan gula. Saban hari, bubuh serbuk kayu manis itu secubit demi secubit dalam makanan dan minuman. Anda tidak perlu memasaknya sebab, sebagai perasa, ia memang boleh di makan secara mentah. Selang beberapa hari, anda tentu menjadi pakar kayu manis dalam hidangan - anda akan tahu menerusi pengalaman, berapa banyak yang boleh dibubuhkan dalam sesuatu lauk atau minuman sebelum rasanya menjadi keterlauan.
Awal tadi, saya katakan anda mungkin tidak perlu makan rempahan ini setiap hari untuk mengecapi kebaikannya. Hasil kajian yang saya paparkan awal tadi menunjukkan bahawa kesan baik kayu manis dapat bertahan selepas anda mamakannya. Dalam kajian itu, kesannya betahan selama 20 hari selepas kajian berakhir. Tambahan pula, peminat-peminat rempah-ratus, sila ambil perhatian: kunyit, cengkih dan Daun Salam juga membantu mengawal kadar glukosa dalam darah.
Walaupun hasil paparan informasi ini sudah cukup meyakinkan tentag khasiat kayu manis, sebenarnya ada lagi berita baik. Tapi kita tangguh dahulu untuk kemudian. Sementara itu, ayuh rasa kemanisan Kayu Manis!
0 komentar:
Catat Ulasan