Tanpa tujuan, saya melayari alam siber dan terjumpa sedikit maklumat tentang sesuatu makanan yang penuh khasiat. Namanya ACAI. Bukan ACAR… ACAI. Hah? Apa kata anda? Apa itu ACAI? Itulah maksud saya. Siapakah, dalam dunia ini, yang menyimpan sesuatu yang disebut ACAI dalam gerobok makanan atau peti ais? Mungkin penduduk hutan Amazon. Tapi mereka lebih bernasib baik. Sebab mereka boleh memetiknya langsung dari pohon. Di hutan Amazon itulah terdapatnya ACAI.
Memang ingin sekalai saya menulis tentang makanan ajaib ini tetapi apa gunanya sebab ia bukanlah sesuatu yang tempatan dan boleh didapatkan dengn mudah. Misi blog ini adalah untuk mendedahkan makanan HARIAN yang ajaib, berzat, tercapai dek kemudahan, terbeli dek kemampuan… dan terpaksa dek lapar :-D. Untuk pengetahuan semua, ACAI sebenarnya disebut a-sai.
Dalam artikel yang lepas, saya bincangkan tentang keajaiban madu dalam merawat luka-luka. Keajaiban madu sebenarnya jauh lebih banyak dari itu. Ini sambungannya.
Sumber madu itu menentukan kekuatannya sebagai antioksiden. Maksud sumber adalah - dari pohon apa ia dihasilkan. Secara umum, lebih gelap warnanya, lebih kuat khasiatnya. Dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, beberapa olahragawan diberi minum dua campuran yang berbeza. Kumpulan pertama diberi minuman bercampur madu buckwheat. Kumpulan kedua diberi minuman yang dimaniskan dengan pemanis lain. Kumpulan pertama didapati membunyai kadar gula dalam darah yang lebih optima. Kadar antioksiden kumpulan ini juga naik hingga 7%. Mungkin anda pernah dengar bahawa tidak patut memberi madu kepada bayi dibawah umur satu setangah tahun. Dakwaan ini memang ada nasnya. Spora sejenis bakteria yang mungkin wujud di dalam madu itu boleh membawa penyakit botulism (sejenis keracunan saraf yang boleh menjejas pernafasan dan otot-otot) kepada bayi ini.
Sampingan
Sebagai maklumat sampingan, racun botulinum jenis A dikomersilkan, salah satunya, dibawah jenama Botox. Ia digunakan secara kosmetik untuk menegangkan otot-otot muka sebagai merencatkan kesan-kesan penuaan.
Bila saya minum teh (makanan ajaib), saya gunakan madu sebagai pemanisnya. Tapi adakah lagi keajaiban madu selain yang tertera disini? Tentunya ada. Itulah keajaiban makanan harian yang dipanggil MADU.
0 komentar:
Catat Ulasan